BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan perasaan sedih beliau atas berita pemergian Allahyarham Tun Daim Zainuddin.
Menerusi kenyataan hari ini, Dr Mahathir terkilan bekas Menteri Kewangan itu diherdik pada pengakhiran hayatnya itu.
Lebih memilukan, luah Dr Mahathir, perkara itu berlaku kerana disebabkan dendam.
“Daim meninggal dunia pagi ini. Saya kehilangan sahabat yang bersama saya berjuang untuk bangsa, negara dan agama.
“Saya sedih tidak terhingga. Sepatutnya dia disanjung kerana sumbangannya kepada perjuangan. Tetapi di akhir hayatnya dia diherdik tanpa sebab.
“Tanpa sebab! Kerana dendam. Inikah balasan yang menimpa kerana dendam. Ya Allah. Adililah Daim berasas keadilan.
“Berilah tempat kepadanya di akhirat sebagai pejuang bangsa. Saya hanya mampu berdoa. Akan kita bersama kembali di masa tertentu,” katanya.
Terdahulu, Daim, 86, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya pagi tadi.
Perkara itu disahkan oleh peguam beliau, Datuk Gurdial Singh Nijar.
Untuk rekod, Allahyarham Daim mendapat serangan strok baru-baru ini dan dimasukkan ke ICU.
Daim berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dua kali, yang pertama dari 1984 hingga 1991 di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di mana beliau memainkan peranan penting dalam mengurus ekonomi Malaysia dan melaksanakan pelarasan struktur.
Beliau kemudian kembali untuk penggal kedua dari 1999 hingga 2001, sekali lagi di bawah Dr Mahathir, untuk menangani isu ekonomi berikutan krisis kewangan Asia.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram