Polis mengesahkan kejadian sebuah Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke ruang tamu rumah penduduk di Jalan Kampung Tengah Sungai Merab, Sepang pada pukul 1 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pemandu Myvi gagal mengawal kenderaan ketika ingin membelok ke kanan lalu melanggar tembok sebelum masuk ke ruang tamu.
Katanya, sebelum itu Myvi terbabit telah dilanggar sebuah lori “skylift” yang membuat kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan tersebut.
“Apabila selesai melakukan kerja-kerja penyelenggaraan, pemandu lori “skylift” telah menaikkan “stand”.
“Secara tiba-tiba, lori “skylift” telah terundur ke belakang dan terlanggar kereta Perodua Myvi yang sedang berhenti di simpang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ujarnya, selang beberapa minit semasa pemandu Myvi hendak meneruskan perjalanan untuk membelok ke kanan, tiba-tiba kereta yang dipandu hilang kawalan.
Jelasnya, tiada kecederaan yang dilaporkan dalam kemalangan ini.
Kes disiasat di bawah Rule 17 LN dan Rule 10 LN 166/59.
Norhizam berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram