Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

ALLAHYARAM Tun Daim Zainuddin merupakan figura penting yang banyak berjasa dan menyumbang kepada kemajuan Malaysia dalam pelbagai bidang khususnya ekonomi dan pentadbiran.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Daim dikenali atas komitmen dan kebijaksanaannya dalam menjalankan tugas sebagai Menteri Kewangan Malaysia suatu ketika dahulu.

Kata Ahmad Fadhli, sumbangan Daim telah meninggalkan impak yang mendalam dalam membangunkan ekonomi negara dan mengukuhkan kestabilan kewangan Malaysia.

“Rakaman ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga allahyarham Tun Daim Zainuddin atas pemergian beliau pagi ini. Sesungguhnya, negara kehilangan seorang tokoh besar yang telah banyak berjasa dan menyumbang kepada kemajuan Malaysia dalam pelbagai bidang, khususnya ekonomi dan pentadbiran.

“Diharapkan keluarga Allahyarham diberikan ketabahan dan kekuatan menghadapi saat kehilangan ini. Semoga roh Allahyarham Tun Daim Zainuddin dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

“Marilah sama-sama kita memanjatkan doa agar Allah mengampuni dan memasukkan beliau di kalangan orang-orang yang soleh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Daim, 86, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh peguam beliau, Datuk Gurdial Singh Nijar.

Untuk rekod, Allahyarham Daim mendapat serangan strok baru-baru ini dan dimasukkan ke ICU.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram