SEORANG wanita maut manakala seorang lelaki cedera selepas kenderaan dipandu dihempap kontena terbalik daripada sebuah lori treler dalam kemalangan di Jalan Bukit Tengah, Bukit Mertajam, pagi tadi.
Video penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/7740
Dalam kejadian jam 9.16 pagi itu, mangsa, Lee Zi Rou, 21 meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda, PBK II Mohd Nor Azamuddin Abdullah berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung nahas berkenaan.
“Kemalangan membabitkan lima kenderaan iaitu tiga kereta dan dua lori termasuk sebuah treler.
“Mangsa cedera, seorang lelaki berusia 25 tahun dikeluarkan oleh orang awam sebelum bomba tiba di lokasi dan dibawa ke hospital untuk rawatan, manakala anggota kita menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa wanita yang tersepit,” katanya memetik laporan Berita Harian.
Mohd Nor Azamuddin berkata, bagaimanapun wanita itu tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang berada di lokasi.
“Mayat wanita berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Bomba kemudian menjalankan kerja-kerja pengalihan kontena yang terjatuh dengan menggunakan dua kren sebelum menamatkan operasi berkenaan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram