Pelajar IPTA disiasat atas kesalahan jual video lucah adegan sendiri di X

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi membantu siasatan kes penjualan kandungan video lucah adegan sendiri di aplikasi X.

MCMC memberitahu, siasatan awal mendapati, kegiatan bermula sejak tahun 2021 dengan suspek memuat naik semula kandungan lucah sedia ada yang dikongsi pengguna lain di aplikasi sama.

Jelas MCMC, modus operandi suspek kemudiannya berubah kepada memuat naik dan menjual video lucah adegan sendiri bersama wanita yang dikenali, sehingga memperoleh sehingga lebih 100,000 pengikut di platform X.

“Suspek menjadikan penjualan video lucah sebagai sumber pendapatan dan hasil pendapatan bulanannya mencecah sehingga RM3,000 dengan anggaran harga sehingga RM150 bagi setiap satu video.

“Kegiatan ini dibongkar hasil pemantauan dan risikan yang dijalankan oleh MCMC berdasarkan aduan awam,” katanya dalam kenyaaan, hari ini.

MCMC menambah, tindakan menjual video lucah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233(2) Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998 (AKM 1998).

Baca artikel lain: Fahmi ucap tahniah kepada Siti Nurhaliza atas penganugerahan Biduanita Negara

Katanya, sekiranya disabitkan kesalahan, suspek berdepan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Hasil daripada operasi pemeriksaan di sebuah premis di Shah Alam, pasukan penguatkuasaan MCMC telah bertindak menyita satu unit telefon bimbit serta kad sim dipercayai milik suspek yang telah digunakan untuk memuat naik kandungan tersebut bagi membantu siasatan.

“Turut diambil keterangan adalah rakan suspek, seorang wanita yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS),” katanya lagi.

Sehubungan itu, MCMC menggesa orang ramai melaporkan sebarang kegiatan menyebar dan menjual kandungan lucah di mana-mana platform media sosial untuk tindakan penguatkuasaan selanjutnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This