Rakaman tular: Zahid puji tindakan Hajiji minta SPRM siasat ADUN

Dari Penulis

TINDAKAN Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi oleh pemimpin-pemimpin parti yang lain, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri itu juga berharap agar siasatan tersebut tidak mengganggu sesi perbahasan pembentangan Belanjawan negeri Sabah hari ini dan juga Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kelak.

“Saya telah meneliti laporan-laporan media tentang rakaman perbualan tersebut dan mendapati pendirian Hajiji harus menjadi pegangan kepada pemimpin parti lain.

“Sebagaimana kita ketahui penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan berakhir bulan Oktober 2025 nanti, dan kita harus menjangkakan apa juga (boleh) berlaku bergantung kepada hasil siasatan yang diteruskan pihak berkuasa,” katanya pada sidang media di Abu Dhabi hari ini.

Hajiji pada Isnin telah meminta SPRM menyiasat rakaman audio ADUN yang tular dikatakan sedang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit.

Dalam sebuah laporan berita, Hajiji berkata kerajaan negeri sedia beri kerjasama kepada mana-mana pihak khususnya SPRM berkenaan isu berkenaan.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This