TNB nafi mesej tular putus bekalan elektrik di Kedah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TENAGA Nasional Berhad (TNB) menafikan mesej tular di media sosial kononnya akan memutuskan bekalan elektrik dari Anak Bukit hingga ke Kepala Batas, Kedah.

Dalam hantaran di Facebook TNB Careline, syarikat itu menegaskan dakwaan tersebut merupakan berita palsu dan tidak benar.

TNB turut menyeru orang ramai supaya tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.

Baca artikel lain: Kementerian Komunikasi bantu pengamal media, kakitangan terjejas banjir – Fahmi

Pada masa sama, syarikat itu turut menasihatkan orang ramai mengelak untuk menyebarkan berita palsu yang boleh mencetuskan kebimbangan.

“Walau bagaimanapun, sekiranya banjir semakin bertambah buruk, berisiko serta membahayakan keadaan, penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik yang terlibat bagi memastikan keselamatan pengguna setempat,” katanya dalam hantaran tersebut.

Sebarang gangguan bekalan elektrik atau kerosakan aset TNB boleh melaporkan di talian 15454, Private Message (PM) di Facebook TNB Carelane, Direct Message (DM) ke x@Tenaga_Nasional atau emel kepada [email protected].

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar ditikam di Banting: Fadhlina tinjau lokasi, mohon jangan sebar berita palsu

ORANG ramai diminta tidak menyebarkan berita palsu atau merekayasa fitnah berhubung kejadian seorang pelajar ditikam rakannya dalam kejadian di...

More Articles Like This