Inisiatif baucar buku MADANI beri manfaat lebih 3.5 juta pelajar

Dari Penulis

INISIATIF baucar buku MADANI memberi manfaat kepada lebih 3.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.

Ketua Pengarah Eksekutif Perbadanan Kota Buku (PKB), Adibah Omar berkata, melaluinya, seluruh ekosistem buku sebenarnya menjalani reformasi serentak.

“Ini bukan sekadar satu inisiatif biasa tetapi melaluinya kita memberdayakan semua kitaran dalam dunia perbukuan daripada penerbit buku dan 3.5 juta pelajar itu sendiri yang boleh memilih buku pilihan mereka.

“Jika selama ini, sekolah ada kemudahan untuk buat pembelian buku tetapi pemilihan judul dibuat oleh perpustakaan (sekolah masing-masing). Jadi kali ini, kita beri peluang anak-anak (untuk pilih sendiri).

“Jadi di sini sebenarnya kunci kepada pembudayaan ilmu iaitu memberi ruang dan peluang untuk mereka membuat pilihan dan jatuh cinta dengan buku yang mereka baca,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Baca artikel lain: Shahrol Azral tidak seharusnya ikut arahan Jho Low – Najib

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Pameran Wacana Pencapaian Semasa Inisiatif Baucar Buku: Epitome Aspirasi Kerajaan Madani di Laman Sidang Dewan Parlimen, hari ini.

Yang turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan timbalannya, Wong Kah Woh.

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan melawat pameran khas di bangunan Parlimen bertujuan berkongsi dengan Ahli Parlimen mengenai pencapaian inisiatif baucar buku MADANI serta impaknya terhadap rakyat di kawasan masing-masing.

Mengulas penebusan baucar buku MADANI, Adibah berkata, setakat ini, penebusan jumlah pelajar tertinggi membabitkan negeri Selangor iaitu 599,906 pelajar.

Katanya, Johor berada di tangga kedua iaitu 393,022 orang diikuti Sabah (360,429) dan Sarawak (292,476).

“Bagi kategori Parlimen, 8 kawasan Parlimen sudah mencapai penebusan 100 peratus adalah Beaufort, Keningau, Labuan, Lubok Antu, Nibong Tebal, Pontian, Sibuti dan Tanjung Piai,” katanya lagi.

Adibah berkata sambutan penebusan baucar terbabit yang amat menggalakkan menunjukkan kerjasama semua pihak daripada pelajar, guru, pegawai pendidikan negeri dan pemain industri perbukuan yang bertungkus lumus menjayakan inisiatif ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This