Lelaki ‘miang’ rakam bawah kain wanita diberkas polis

Dari Penulis

Polis mengesahkan telah menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes cubaan gangguan seksual dan merakam video seorang wanita di sebuah pasar raya di Jenjarom, Kuala Langat baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Akmalrizal Radzi berkata lelaki itu ditahan di sekitar Banting dan direman dua hari hingga Khamis.

“Berdasarkan siasatan awal, lelaki itu mengaku bahawa dia adalah individu terbabit sebagaimana dalam rakaman kamera litar tertutup.

“Semakan mendapati, lelaki itu yang tidak mempunyai rekod lampau itu juga mengakui pertama kali melakukan perbuatan itu,” katanya ketika dihubungi.

Pada Isnin, Akmalrizal berkata pihaknya memburu seorang lelaki berkaitan kes rakam dan gangguan seksual di sebuah pasar raya di Jenjarom, susulan laporan kes yang diterima pada 10.36 pagi, 9 Dis lepas oleh mangsa yang juga wanita warga tempatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This