KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) tidak akan berkompromi dalam isu vape membabitkan pelajar sekolah dengan 20,000 golongan itu dilaporkan terjebak kegiatan tersebut tahun lalu.
Menterinya Fadhlina Sidek berkata, KPM akan melaksanakan langkah proaktif bagi mengekang gejala berkenaan dengan mengambil kira pandangan semua pihak.
“Isu telah dibangkitkan dalam Dewan Rakyat kelmarin dan kita telah pun memberikan jawapan dengan tuntas bahawa tidak akan berkompromi dalam soal vape ini kerana ternyata kesannya sangat besar kepada anak-anak kita.
“Oleh itu, selain memberikan kesedaran dan juga berkaitan dengan tindakan-tindakan disiplin kita juga mengambil langkah-langkah proaktif bagi mengekang gejala vape ini terus berleluasa di kalangan anak-anak kita.
Baca artikel lain: SPRM sedang teliti dokumen dakwaan salah laku ahli lembaga DBKL
“Saya pasti Ketua Pengarah juga antara mereka yang cukup komited melaksanakan proses-proses ini khususnya menyampaikan penegasan kita di peringkat JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) khususnya juga di peringkat sekolah,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program INTAN Minister’s Conversation (IMC) di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Wilayah Selatan, hari ini.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, tindakan kerajaan tidak mengharamkan vape tidak bermakna kerajaan mengambil mudah dan tidak bertanggungjawab dalam isu itu.
Ujarnya, perkara ini sememangnya menjadi komitmen bersama KPM dan Kementerian Kesihatan yang mempunyai pandangan dan sikap yang tegas dalam soal ini.
“Apatah lagi ia melibatkan kesihatan komuniti dan juga keterlibatan anak-anak murid kita dalam aspek ini jadi saya tidak fikir ia adalah satu pendirian yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

