DUA beradik yang dilaporkan hilang dari kediaman mereka di sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni 5, Seri Kembangan telah ditemui dalam keadaan selamat pada malam Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pengadu yang juga ibu kepada kanak-kanak terbabit memaklumkan bahawa anaknya ditemukan di kawasan Gombak pada pukul 8 malam.
“Dua beradik itu berada dalam keadaan sihat serta selamat dan kini berada dalam jagaan pengadu.
“Terima kasih kepada semua pihak yang membantu,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.
UtusanTV sebelum ini melaporkan, dua beradik iaitu Nur Syafiqah Elliana Muhammad Rizuan Sebastian, 15 tahun dan adiknya, Muhammad Adam Mikhail Muhammad Rizuan Sebastian, 10 tahun hilang sejak Jumaat.
Kedua-dua mereka kali terakhir dilihat di alamat terakhir mereka di Blok Mawar, Taman Harmoni 5, Seri Kembangan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

