LELAKI orang kurang upaya (OKU) yang tular selepas dipukul di pasar tani dekat Padang Astaka Chukai, Kemaman pada 17 Januari lalu telah selamat tiba di Makkah untuk menunaikan ibadah umrah.
Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, atau lebih dikenali sebagai Paijang selamat tiba di tanah suci bersama dua anaknya, Nurul Farhana, 21, dan Ahmad Faris, 10.
Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh syarikat pengendali haji dan umrah, Andalusia Travel and Tours Sdn. Bhd. di media sosial milik mereka.
“Alhamdulillah, keluarga tetamu istimewa, Pakcik Faizan, telah selamat tiba di bumi suci Makkah Al-Mukarramah dan berjaya menyempurnakan ibadah umrah yang wajib bagi mereka sekeluarga.
“Siapa sangka, di sebalik ujian yang menyayat hati, Allah telah mengangkat darjat Pakcik Faizan dengan menjemputnya ke Baitullah untuk menunaikan umrah.
“Takdir-Nya penuh hikmah, dan perjalanan ini menjadi bukti kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang terpilih,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Sebelum ini, kisah Paijang mendapat liputan meluas selepas tular rakaman video dia dipukul oleh beberapa individu sehingga mengalami kecederaan.
Siasatan polis mendapati lelaki OKU itu yang menunggang sebuah motosikal telah memasuki kawasan tapak jualan dan terlanggar sebuah gerai jualan menyebabkan barangan jualan tumpah dan terjatuh.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

