Yayasan Bank Rakyat, UKKM meterai MoU tajaan biasiswa bernilai RM4.08 juta

Dari Penulis

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) dan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi penajaan biasiswa kepada pelajar universiti itu dengan peruntukan RM4.08 juta untuk tempoh tiga tahun.

Majlis menandatangani MoU berlangsung di Menara Kembar Bank Rakyat antara Ketua Pegawai Eksekutif YBR Syaiful Rizal Abdul Ghani dan Naib Canselor UKKM Prof Datuk Dr Azali Mohamed.

Majlis disaksikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, Pengerusi YBR Datuk Philip Benedict Lasimbang dan Pengerusi UKKM Datuk Dr Rosli Mat Hassan.

Ewon dalam ucapannya berkata inisiatif itu bukan sahaja memberi peluang pendidikan kepada pelajar, malah dapat memperkasakan sektor koperasi dan keusahawanan sebagai pemangkin pembangunan sosioekonomi negara.

Beliau berharap kerjasama itu dapat menjadikan UKKM sebagai antara pilihan anak muda untuk melanjutkan pengajian, terutamanya dalam bidang keusahawanan dan koperasi.

Pengerusi Yayasan Bank Rakyat (YBR), Datuk Philip Benedict (depan, kiri) menyerahkan replika cek cura program penajaan biasiswa bernilai RM 4.08 juta kepada Pengerusi Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM), Datuk Wira Dr Rosli Mat Hassan (depan, tiga dari kanan) sambil disaksikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick (tengah) pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di Menara Bank Rakyat, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel lain: Tindakan tegas akan dikenakan terhadap stesen televisyen langgar garis panduan – Fahmi

“Usaha sama antara YBR dan UKKM ini juga akan menjadi motivasi serta pembakar semangat kepada pelajar untuk memartabatkan bidang koperasi dan keusahawanan sebagai ejen perubahan,” katanya.

Kerjasama strategik itu akan memanfaatkan 35 pelajar UKKM setiap tahun, bermula 2025 hingga 2027, bagi melanjutkan pengajian dalam bidang keusahawanan dan pengurusan koperasi di peringkat Diploma serta Ijazah Sarjana Muda.

Sementara itu Philip dalam ucapannya berkata kerjasama YBR dan UKKM selari dengan inisiatif YBR untuk membantu pelajar berpotensi mendapat pendidikan sama rata, dan usaha sama tersebut sangat bersesuaian dengan visi serta objektif yayasan berkenaan.

“YBR akan sentiasa menyokong ekosistem koperasi dan keusahawanan yang holistik, kondusif dan inklusif bagi menyokong agenda pembangunan sosioekonomi negara ke arah keusahawanan terancang dan bersepadu”, katanya.

Sejak 2008 hingga tahun lepas 7,468 pelajar ditawarkan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) YBR dengan jumlah peruntukan RM212.43 juta.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This