POLIS memburu seorang lelaki yang mencuri sebuah beg berisi wang tunai di dalam sebuah restoran dekat Lorong Batu Nilam 10A, Bandar Bukit Tinggi 1 Klang pada Jumaat lalu.
Polis Daerah Klang Selatan dalam satu kenyataan memaklumkan, suspek yang dipercayai seorang lelaki tempatan berusia 40-an.
Kes di siasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Klang Selatan ditalian 03-3376 2398 atau terus ke balai polis yang berdekatan.
Sebelum itu tular satu video memaparkan aksi seorang lelaki melarikan beg yang diletakkan di kerusi sebuah restoran.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegra

