NAIB Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan tugas digalas oleh kepimpinan tertinggi parti begitu berat sehingga bukan calang-calang individu boleh diangkat sebagai calon.
Katanya, jawatan disandang beliau ketika ini juga agak berat, apatah lagi sebagai pemimpin nombor satu parti.
“Manalah saya layak untuk dua jawatan tertinggi itu, tidak terjangkau bagi saya menjawat jawatan itu.
“Saya ini (sebagai naib presiden) pun begitu berat bagi saya, tentulah (jawatan) lebih berat dari itu, saya tidak pernah terfikir dan tidak berada dalam jangkauan (akal fikiran) saya,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Ahmad Samsuri berkata demikian ketika diminta mengenai kemungkinan namanya dicalonkan untuk bertanding jawatan tertinggi dalam pemilihan parti itu pada September depan.
Baca artikel lain: Sekolah 17 tingkat: ‘Kita akan tengok berapa tingkat yang sesuai dan selamat’ – Fadhlina
Beliau ditemui selepas Majlis Pelancaran Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2024-2030 di Wisma Darul Iman, pada Rabu.
Dalam perkembangan sama, Ahmad Samsuri menyatakan beliau belum memutuskan sama ada akan mempertahankan jawatan Naib Presiden Pas yang disandangnya sejak 2019.
“Kalau ada dicalonkan, saya tengok dulu macam mana…tak tentu lagi, mana tahu tak cukup pencalonan kerana untuk bertanding ini ada syaratnya.
“Kalau cukup (memenuhi syarat), baru boleh bertanding tetapi memerlukan persetujuan daripada individu berkenaan.
“Jadi untuk naib presiden…kalau saya rasa macam saya perlu beri ruang kepada muka-muka baru yang lebih segar umpamanya, mengapa tidak saya mengundurkan diri, tak ada masalah. Kita dalam Pas ini, suasana demokrasinya sangat harmoni,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

