Kerajaan perlu peruntuk dana khas naik taraf SJKT – Murugiah

Dari Penulis

YAYASAN Pembangunan Sekolah Tamil Malaysia mencadangkan supaya kerajaan memperuntukkan dana khas untuk menaik taraf kemudahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) sekali gus meningkatkan daya tarikan kepada ibu bapa dan menjadikannya setanding dengan sekolah kebangsaan. 

Presiden yayasan berkenaan Datuk T. Murugiah berkata peruntukan lebih besar diperlukan bagi meningkatkan kualiti pendidikan di SJKT termasuk penambahbaikan gaji guru, pembangunan sekolah dan akses kepada teknologi pembelajaran moden.

“Kementerian Pendidikan harus memperkenalkan dasar yang memberi lebih banyak kelebihan kepada sekolah Tamil termasuk memperluas akses ke kawasan luar bandar,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Naib Presiden MIC itu juga menggesa agar kurikulum SJKT lebih fleksibel yang memperkukuh penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di samping bahasa Tamil, untuk memastikan pelajar kekal berdaya saing dalam sistem pendidikan arus perdana.

“Saya menyeru semua pihak, terutamanya masyarakat India sendiri, agar mengambil tindakan segera bagi memastikan SJKT kekal relevan dan menjadi pilihan utama ibu bapa,” katanya. 

Beliau berkata pendidikan ialah asas kepada pembangunan masyarakat dan semua pihak tidak boleh membiarkan SJKT kehilangan tempat dalam sistem pendidikan negara.

Melahirkan kebimbangan serius terhadap trend penurunan kemasukan pelajar ke SJKT di seluruh negara, Murugiah berkata jika perkara itu tidak ditangani segera, ia boleh melemahkan sistem pendidikan Tamil dan kemerosotan penggunaan bahasa itu di Malaysia. 

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MCA bidas Nga Kor Ming kaitkan Najib dengan PRN Johor

MCA menyifatkan tindakan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming mengaitkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan hukuman penjara...

More Articles Like This