PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rancangan untuk mengembalikan penerbangan terus antara Malaysia dan Bahrain sedang dibincang.
Beliau berkata perkara berkenaan antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya di sini.
“Potensi di sini ada, nanti kita (Malaysia) minta Gulf Air supaya ada penerbangan terus… memang Putera Mahkota sebut, minta kita beri perhatian supaya ada perhubungan pesawat lebih kerap.
“Sama ada MAS atau syarikat penerbangan lain, ini kita sedang perhatikan,” kata beliau dalam sesi soal jawab semasa pertemuan dengan diaspora Malaysia pada majlis makan malam.
Baca artikel lain: Samsuri tak pernah terfikir galas jawatan Presiden Pas
Anwar tiba di sini awal pagi semalam bagi mengadakan lawatan rasmi pertama beliau sebagai Perdana Menteri ke negara Teluk itu atas jemputan Putera Mahkota.
Sebanyak 297 rakyat Malaysia tinggal di Bahrain, termasuk tiga pelajar yang sedang melanjutkan pengajian tinggi.
Perdana Menteri berkata Putera Mahkota turut memberi bayangan bersetuju untuk melawat Kuala Lumpur pada Mei depan bagi Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC+China selepas beliau menyampaikan undangan pada kunjungan hormat itu.
“PM Bahrain (Putera Mahkota) beritahu saya kemungkinan besar akan ke KL (Kuala Lumpur) Mei ini untuk ASEAN-GCC, jadi GCC keseluruhannya itu merupakan kawasan penting untuk Malaysia dan ASEAN.
“Insya-Allah kita akan tingkatkan kerjasama dalam semua bidang, pendidikan, AI (kecerdasan buatan), pelancongan, ekonomi, pelaburan, kewangan, perbankan Islam, halal,“ kata Anwar.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

