SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan pembukaan ibis Styles Sepang KLIA di Sepang, semalam.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari; Pengerusi iSY Hotel Sdn Bhd, Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir serta barisan pengurusan kanan.
Turut berangkat, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Dalam ucapannya, Syed Mohd Yusof berkata ibis Styles Sepang KLIA, yang mula beroperasi pada Februari tahun lepas menampilkan konsep lebih moden dan dinamik dengan tema resort perniagaan yang bergaya.
“Kerjasama kami dengan Accor, kumpulan hospitaliti terkemuka dunia, mencerminkan komitmen kami dalam meningkatkan standard hospitaliti di Sepang.
Baca artikel lain: Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting, elak besarkan perkara remeh
“Kami yakin ibis Styles Sepang KLIA akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh industri pelancongan Malaysia,” katanya.
ISY Hotel Sdn Bhd memiliki ibis Styles Sepang KLIA menerusi kerjasama dengan ISY Sepang Sdn Bhd dan Kumpulan iKHASAS.
Terletak 1.2 kilometer dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hotel ini dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk gimnasium, spa, kolam renang, ruang kerja bersama, serta dewan serbaguna.
Sementara itu, dalam sidang media terdahulu, Pengarah Urusan iSY Hotel, Ir. Tan Chee Kian memaklumkan syarikat telah memperuntukkan sehingga RM90 juta bagi pelan pengembangan yang akan bermula tahun depan termasuk pembinaan bangunan baharu dengan tambahan 250 bilik serta kemudahan sukan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

