Pemuda UMNO bukan penjilat cari makan – Akmal Saleh

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

DATUK Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan Pemuda UMNO bukan platform atau alat untuk ahli politik ‘mencari makan’.

Sebaliknya, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata, sayap parti itu akan terus lantang memperjuangkan kaum Melayu dan agama Islam tanpa perlu ‘menjilat’ mana-mana pihak.

Katanya, perkara itu sudah menjadi tanggungjawab buat Pemuda UMNO untuk menjaga agama dan bangsa berbanding lebih mengutamakan kepentingan sendiri seperti segelintir ahli politik.

“Saya hendak ingatkan bahawa kamu (Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz) kini berada di Malaysia yang bangsa majoritinya adalah bangsa Melayu dan agama Islam adalah Agama Persekutuan. Maka tanggungjawab kami Pemuda UMNO menjaganya dan mempertahankannya.

“Maaf Datuk Seri, kami pemuda bukan penjilat mencari makan. Kami ada tanggungjawab untuk menjaga agama bangsa daripada sibuk menjilat untuk kepentingan diri.

“Jika kamu nak menjilat, silakan. Jangan samakan kamu dengan kami. Mana tahu selepas ini boleh dapat jadi duta ke Myanmar pula,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Mohamed Nazri melihat Pemuda UMNO ketika ini hanya picisan dalam parti dan tidak mewakili rakyat khususnya orang Melayu.

Mohamed Nazri yang baru menamatkan tempoh dua tahun sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat berkata, pandangan Muhamad Akmal tidak mencermikan keseluruhan parti kerana hanya mewakili satu daripada empat sayap utama UMNO. 

Bahkan, kata beliau, ada yang tidak bersetuju dengan pandangan Mohamad Akmal yang dilihat keras terhadap rakan parti komponen, berbanding Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang lebih ‘lembut’.

“Ada yang tidak bersetuju dengannya (Akmal), tetapi mereka tidak akan menyatakannya secara terbuka.

“Mereka ini majoriti senyap… Tetapi bagi saya, Pemuda UMNO sekarang hanya mewakili sebahagian kecil suara orang Melayu. Jadi, abaikan sahaja mereka,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Mohamed Nazri berkata demikian bagi mengulas isu garis panduan agama Islam yang lantang disuarakan oleh Muhamad Akmal.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This