MISTERI kehilangan seorang wanita pada Januari 2024 terungkap selepas satu rangka manusia ditemui dalam keadaan mulut diikat di Palopo, Sulawesi Selatan di Indonesia pada Jumaat lalu.
Video penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/9390
Memetik laporan Detik.com, mayat Feni Ere, 28, itu ditemukan oleh dua penunggang motosikal yang berhenti di tepi jalan untuk membuang air kecil.
Penunggang tersebut telah melihat seekor ayam yang memakan ulat di atas tanah gembur dan bertindak mendekati ayam terbabit.
Tanpa disangka, ayam tersebut memakan ulat yang datang daripada tengkorak kepala manusia sebelum bertindak menghubungi polis.
Difahamkan, wanita yang bekerja dalam bidang penjualan kereta tinggal bersendirian di Jalan Pongsimpin, Kelurahan Mungkajang, Kota Palopo manakala keluarganya berada di Kabupaten Luwu Utara.
Ayah Feni yang dikenali sebagai Parman berkata, dia telah melaporkan kehilangan anaknya pada Januari 2024.
Kata Parman, dia tiba di Palopo pada 25 Januari dan mendapati pintu rumah dalam keadaan tertutup namun pintu besi mengalami kerosakan.
“Apabila masuk ke dalam bilik, terdapat percikan darah di lantai, kasut, seluar dan belakang pintu.
“Parman bertindak mencari anaknya di hospital di kawasan Palopo namun tidak menemukan sebarang nama pesakit yang didaftarkan di bawah nama anaknya.
“Pada 26 Januari, kami buat laporan polis dengan ditemani kekasih Feni. Kami dimaklumkan pada sekitar bulan Mac atau April bahawa kereta Feni berada di Makassar,” ujarnya.
Jelas Parman, dia telah hadir ke balai polis pada setiap bulan bagi bertanyakan perkembangan mengenai kehilangan anaknya itu.
Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Palopo, Asisten Komisioner Sayed Ahmad Aidid berkata, seramai 10 saksi telah dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kematian wanita terbabit.
Jelasnya lagi, polis masih belum menerima keputusan sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) rangka terbabit.
“Bagaimanapun terdapat persamaan antara mangsa dan penemuan rangka tersebut. Ahli keluarga Feni Ere juga yakin bahawa rangka tersebut adalah anaknya kerana terdapat persamaan seperti bentuk gigi, pakaian dan tanda-tanda lain,” ujarnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

