SEORANG wanita warga emas yang juga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) maut dilanggar sebuah lori ketika sedang bertugas di Batu 10, Jalan Gombak Lama menghala ke Bentong, pukul 3.10 petang, Sabtu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, siasatan mendapati mangsa merupakan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 73 tahun.
Beliau berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang bertugas menjaga kawalan lalu lintas larian maraton.
“Mangsa berada di atas sebuah motosikal di bahu jalan sebelah kiri dan memberi arahan kepada beberapa buah kenderaan untuk mengosongkan laluan.
“Secara tiba-tiba datang sebuah lori yang dipandu lelaki tempatan berusia 32 tahun dan melanggar mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mangsa mengalami masalah cedera parah dan disahkan meninggal dunia oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Selayang.
Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat telah dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat K. Pavinar di talian 017-4424699.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

