Beras Putih Tempatan pek 10kg RM26 khusus untuk keluarga miskin

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

BANTUAN Beras Putih Tempatan (BPT) bersubsidi pada harga RM26 bagi pek 10 kilogram (kg) khusus untuk 400,000 keluarga miskin, dengan setiap ketua isi rumah (KIR) dibenarkan membeli maksimum dua pek.

Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Badrul Hisham Mohd, ia akan mula dijual di pasaran seluruh Semenanjung Malaysia mulai 1 Mac ini.

Menurutnya, sebanyak 24 juta kampit BPT bersubsidi akan diedarkan menerusi projek rintis selama enam bulan, menyasarkan 400,000 KIR miskin, termasuk 77,000 KIR miskin tegar.

“Kerajaan telah mengumumkan intervensi dengan peruntukan subsidi khas sebanyak RM150 juta bagi tempoh enam bulan.

“BPT bersubsidi ini akan berada di pasaran bermula 1 Mac, iaitu pada hari pertama Ramadan, dan akan berakhir pada 31 Ogos ini,” katanya dalam sidang media hari ini.

Terdahulu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, ketika berucap di Dewan Rakyat, mengesahkan bahawa kerajaan memperuntukkan RM150 juta bagi memastikan bekalan BPT mencukupi di pasaran.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This