RUU Pembaharuan Semula Bandar: ‘Kalau betul nak tolong Melayu ini cara dia’ – PM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) sama sekali tidak akan menyebabkan pemilik asal tanah tanpa mengira kaum diusir.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun menegaskan, RUU itu tidak akan menyebabkan sebarang perubahan kepada status tanah sama ada melibatkan rizab Melayu atau tanah hak milik kekal.

Pada masa sama, Anwar menolak dakwaan kononnya RUU berkenaan digubal secara tergopoh-gapah sebaliknya menjelaskan ia sudah dirangka lebih daripada 10 tahun yang turut melibatkan kerajaan terdahulu.

“Ini cara kita nak bantu kerana saya tak sanggup lihat kawasan-kawasan yang begitu daif. Tak timbul soal rizab Melayu, tanah Melayu, tak timbul.

“Kalau betul nak tolong Melayu ini cara dia, (ini kawasan) orang-orang miskin, kita gunakan seluruh tenaga jana untuk membangunkan mereka.

“Macam saya sebut tadi Razak Mansion, harga rumah terus meningkat, kawasan terus meningkat kepada 800 kaki persegi daripada asalnya 400 kaki persegi,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Baca artikel lain: Norliyana bersyukur beli rumah, dapat Perodua Bezza

Terdahulu, Tan Kar Hing (PH-Gopeng) bertanyakan komitmen kerajaan atas cadangan RUU PSB yang akan memastikan tiada pemilik tanpa mengira kaum diusir daripada pemilikan tanah atau premis secara paksaan.

Pada masa sama, Anwar menegaskan tidak timbul masalah polarisasi kaum susulan daripada pelaksanaan RUU PSB, hal ini kerana kerajaan tidak memiliki kuasa untuk mengusir mana-mana pemilik asal tanah.

“Tentang pemilikan etnik, saya sebut tadi siapa yang duduk sebagai contoh di Sri Perlis itu sekarang ini 70 peratusnya kekal, dalam undang-undang ini tidak ada hak kita pindahkan pemilik asal.

“Saya ingin bagi jaminan seperti dibangkitkan oleh Kuala Terengganu soal pemilik asal tidak berbangkit sama sekali.

“Nilai ambang ini perlu kerana saya bagi contoh ada projek di Jalan Tun Razak ada seorang tak setuju kemudian kita tangguh.

“Kalau benar kita nak bela rakyat guna ini supaya kita dapat tingkatkan, rumah yang sekarang ini RM70,000 boleh jadi RM200,00,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kesemua 104 perlawanan Piala Dunia 2026 disiarkan RTM, UnifiTV

KESEMUA 104 perlawanan Piala Dunia 2026 boleh ditonton di UnifiTV dan saluran-saluran utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) di platform...

More Articles Like This