PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan belum berbincang dengan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung khabar angin beliau akan meninggalkan parti itu.
Ahmad Zahid bagaimanapun memaklumkan beliau sedia bertemu dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu bagi membincangkan perkara tersebut.
“Kita ada berjumpa tetapi belum bincang lagi, mungkin beliau akan cari masa yang sesuai dan saya boleh bertemu bila-bila masa sahaja, tambah sekarang sedang ada sidang Parlimen.
“Jika saya tidak pergi ke outstation (tugasan luar) saya ada di Parlimen. Jadi, biar pejabat saya dan beliau yang akan mengaturkan tarikh sesuai,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Desa Seri Ampang pada Selasa.
Terdahulu Ahmad Zahid menziarahi keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia akibat serangan jantung, Sabtu lalu.
Media pada 9 Februari lalu melaporkan Tengku Zafrul akan menemui Ahmad Zahid bagi berbincang sebelum mengumumkan keputusan berhubung perkara tersebut.
Tengku Zafrul mengulas mengenai wujud dakwaan beliau dijangka meninggalkan UMNO selepas tiada lagi masa depan politiknya dalam parti tersebut.
Perkara itu timbul selepas beliau dilaporkan dipelawa menyertai PKR beberapa bulan lalu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

