Warga emas dipenjara enam bulan, muat naik hantaran palsu mengenai Agong dan Majlis Raja-Raja

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEORANG warga emas berusia 67 tahun dipenjara enam bulan selepas gagal membayar hukuman denda sebanyak RM30,000 yang dikenakan terhadapnya memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menggunakan aplikasi Facebook miliknya, pada 8 Feb.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan memaklumkan, Hakim Mahkamah Sesyen Sepang menjatuhkan hukuman tersebut hari ini.    

Menurut SKMM, tertuduh dituduh di bawah pertuduhan seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Tertuduh, Johari Ismail, 67, ditahan lewat malam semalam sejurus selepas waran tangkap dikeluarkan oleh mahkamah akibat kegagalannya hadir ke prosiding pertuduhan.

“Dia akan dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman bermula hari ini,” jelas SKMM.

Terdahulu, Johari didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi itu menggunakan aplikasi akaun Facebook Johari Ismail, dengan niat menyakiti hati orang lain.

Lelaki itu didakwa memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu yang diletakkan untuk tontonan umum, mendakwa Majlis Raja-Raja membuat undian mengambil tindakan terhadap kerajaan kerana ingkar melaksanakan dokumen tambahan melibatkan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hantaran berkenaan kemudian dilihat pasukan siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) di MCMC Tower 1, Jalan Impact, Cyberjaya, kira-kira 12.59 tengah hari pada 9 Feb.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama.

Akta itu memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya MCMC Faten Hadni Khairuddin, manakala Johari tidak diwakili peguam.

Faten Hadni memohon mahkamah agar menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran kepada lelaki itu kerana telah menyebarkan berita palsu yang boleh menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan dan Majlis Raja-Raja.

Hukuman yang tinggi bukan sekadar pengajaran kepada orang kena saman (OKS) tetapi juga masyarakat di luar sana, agar tahu bahawa penyebaran berita palsu amat dibenci, harus ditegah dan dihentikan.

“Selepas OKS muat naik kandungan ini, ia tersebar secara meluas melalui aplikasi Whatsapp. Jadi saya mohon suatu hukuman yang menunjukkan betapa serius kesalahan ini agar orang awam lebih berhati-hati dan tidak melakukan kesalahan sama,” katanya.

Hakim Ahmad Fuad Othman kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM30,000 terhadap tertuduh dan enam bulan jika gagal membayar denda.

Terdahulu, hakim turut menasihatkan Johari yang merupakan bapa kepada empat anak agar menyedari lebih awal tentang kesan hantaran berkenaan kerana tindakan tersebut bukan sahaja menimbulkan kebencian kepada kerajaan malah masyarakat turut memandang rendah terhadap Institusi Diraja.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kesemua 104 perlawanan Piala Dunia 2026 disiarkan RTM, UnifiTV

KESEMUA 104 perlawanan Piala Dunia 2026 boleh ditonton di UnifiTV dan saluran-saluran utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) di platform...

More Articles Like This