Harga lantai belian padi RM1,500 paling relevan pada masa ini

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENYELARASAN harga lantai belian padi kepada RM1,500 bagi setiap tan metrik disifatkan kadar yang paling relevan pada masa ini bagi mengimbangi kesan terhadap setiap pihak dalam rantaian industri padi dan beras termasuk pengguna.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, penyelarasan itu dilaksanakan dengan mengambil kira kenaikan kos upah dan kos input pertanian seperti baja, racun dan lain-lain.

Menurut beliau, ia turut melihat kepada impak kos pengeluaran beras dan seterusnya memberi kesan kepada harga beras di pasaran.

Dalam melaksanakan urusan penyelarasan itu, Mohamad memaklumkan, kerajaan juga mengambil kira pelbagai faktor lain seperti kos pengeluaran padi, pergerakan harga beras dunia, unjuran permintaan dan penawaran beras tempatan.

Beliau berkata, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan sesi libat urus dari semasa ke semasa untuk mendengar pandangan pelbagai pihak berkepentingan dengan tujuan mencari penyelesaian terbaik yang memberi manfaat kepada semua.

“KPKM telah menetapkan harga lantai padi bagi memastikan pengilang tidak membeli padi pada harga yang lebih rendah.

“Oleh itu, harga belian sebenar padi adalah berdasarkan persetujuan antara pembeli dan penjual dengan mengambil kira harga pasaran.

“Dari semasa ke semasa, kementerian akan terus memantau dan mengkaji kesesuaian serta keperluan untuk menyelaraskan semula harga ini pada masa hadapan bagi memastikan kebajikan pesawah terbela,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen.

Baca artikel lain: Harga lantai belian padi diselaraskan kepada RM1,500 per metrik, BPT kekal harga

Beliau menjawab soalan Sabri Azit (PN-Jerai) yang memintanya menyatakan langkah drastik KPKM dalam menangani masalah kos sara hidup petani memandangkan penurunan harga belian padi antara RM1,500 hingga RM1,800 kepada RM1,300 satu tan metrik yang dilihat tidak mencerminkan kos yang kian meningkat.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, kerajaan juga konsisten menyediakan subsidi dan input pertanian kepada pesawah setiap tahun termasuk di Kedah yang mencatatkan bilangan pesawah terbesar di Malaysia sebagai langkah untuk membantu menangani kos-kos lain yang semakin meningkat.

Sebagai contoh, katanya, sebanyak RM281.95 juta telah dibelanjakan pada tahun 2023 untuk negeri Kedah bagi menampung keperluan input pertanian bersubsidi seperti baja dan racun.

“Untuk tahun 2025, kerajaan juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.6 bilion bagi menampung keperluan subsidi dan insentif kepada pesawah di seluruh negara termasuk negeri Kedah.

“KPKM akan memastikan agar semua pesawah yang berdaftar sama ada di dalam atau luar jelapang mendapat manfaat daripada input pertanian bersubsidi yang disediakan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MCA bidas Nga Kor Ming kaitkan Najib dengan PRN Johor

MCA menyifatkan tindakan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming mengaitkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan hukuman penjara...

More Articles Like This