Bazar Ramadan Rahmah di 95 lokasi seluruh negara

Dari Penulis

BAZAR Ramadan Rahmah (BRR) akan dianjurkan di 95 lokasi di seluruh negara termasuk enam di Pahang, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Dr Fuziah Salleh.

Beliau berkata, Bazar Ramadan Rahmah antara lain bertujuan menyediakan pilihan hidangan berbuka puasa pada harga lebih berpatutan, dengan tumpuan khas kepada Menu Rahmah yang dijual pada harga tidak melebihi RM5.

“Kita juga akan memberi subsidi sewa tapak bazar bagi mengurangkan kos perniagaan mereka yang terlibat,” katanya pada sidang media selepas majlis pembukaan sebuah pasar raya di Indera Mahkota, Kuantan, hari ini.

Fuziah berkata, enam lokasi BRR di Pahang ialah di bazar Ramadan Mahkota Square, Kuantan; bandar Jerantut; Taman Temerloh Jaya (Temerloh); Muadzam Shah (Rompin); Dataran Kerayong (Bera) dan bandar Raub.

Baca artikel lain: DBKL pertimbang senarai hitam, batal lesen peniaga jual tapak bazar Ramadan

Beliau berkata, BRR turut mengambil langkah proaktif menggalakkan perniagaan berkonsepkan digital khususnya melalui Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI).

Menurut Fuziah langkah itu bertujuan meningkatkan pendedahan peniaga dan pengguna kepada kemudahan e-wallet dan pembayaran tanpa tunai.

Sementara itu, beliau memaklumkan penguatkuasaan berkaitan beras terletak di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), termasuk dari segi penetapan harga bahan makanan itu.

Fuziah ditanya mengenai tindakan penguatkuasaan dalam isu beras import yang dicampur dengan beras putih tempatan (BPT).

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This