Kisah seram Polong belaan balas dendam kematian tuan

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

MELIHAT kepada kepesatan industri perfileman ketika ini, naskhah bergenre seram sememangnya sering menjadi pilihan penonton.

Maka, ia telah mencetuskan idea buat syarikat Golden Star Pictures Sdn. Bhd (GSPSB) untuk menghasilkan filem sulung terbitan mereka berjudul Polong.

Pengarah filem terbabit, Zulkarnain Azhar berkata, dia tertarik untuk mengarahkan filem berkenaan kerana ia menampilkan sebuah jalan cerita yang mempunyai tarikan tersendiri.

“Antara tarikan dalam naskah ini, Polong adalah sebuah filem yang bertemakan dosa silam, legasi serta akibat yang tidak dapat dielakkan kesan daripada perbuatan masa lampau terutama sekali dengan mengamalkan ilmu hitam.

“Ia bukan sekadar sarat dengan elemen seram, tetapi menjadi simbolik kepada kegelapan yang kita bawa dalam diri kita sendiri, sama ada melalui dosa masa lalu atau trauma yang tidak dapat diselesaikan,” katanya.

Polong mengangkat kisah Maria Hadi, seorang wanita yang hidup dengan amalan ilmu hitam dan dosa lampaunya, namun cuba mencari keampunan ketika akhir hayatnya.

Sehinggakan dia terpaksa melepaskan polong belaan kepada orang yang tidak sepatutnya, tetapi polong berkenaan ingin membalas dendam selepas kematian Maria dan sumpah laknatnya perlu dihadapi oleh pewaris Maria.

Akan memulakan penggambaran pada bulan Mei ini, Polong menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Mimi Lana, Fad Anuar, Namron, June Lojong dan Nadiya Nisaa.

Sementara itu, Onn Norshal Hamzah selaku penerbit eksekutif berkata, pihaknya memilih cerita seram sebagai projek sulung syarikat berkenaan adalah berdasarkan kepada filem bergenre sedemkian yang selalu mendapat sambutan hangat.

Jelasnya, filem seram menjadi pilihan untuk projek pertama GSPSB adalah berdasarkan kepada keyakinan syarikat terhadap pemintaan pasaran yang tinggi terhadap genre sedemikian.

“Pemilihan Polong telah melalui satu proses diskusi yang sistematik dengan melihat kepada kekuatan komersil yang tinggi, selain dijangka mampu memberikan impak saingan dalam pasaran filem tempatan dan luar di pawagam.

“Dengan kualiti penceritaan, penerbitan dan kuasa pasaran yang kuat bagi genre seram, pihak GSPSB melalui filem Polong yakin dengan kemamampuan kami untuk menawarkan kelainan dari segi karya dengan kekuatan yang merangkumi semua aspek penerbitan,” jelasnya.

Mengenai pemilhan Zulkarnain selaku pengarah, Onn menyatakan pengalaman pastinya menjadi faktor utama.

Ujarnya, ia berdasarkan kejayaan pengarah tersebut menerusi beberapa buah filem yang mendapat sambutan hangat sebelum ini seperti Takluk, Air Force dan J Revolusi.

“Dengan pemilihan Zulkarnain selaku teraju utama filem ini, kami yakin filem ini pasti menjadi satu lagi naskhah yang ditunggu oleh pencinta filem tempatan yang sentiasa dahagakan karya bertenaga dan komersil.

“Penglibatan 10 Star Cinemas Sdn Bhd sebagai pengedar dan agen pemasaran filem ini akan menjadi satu langkah strategik untuk mempersiapkan filem ini sebelum memasuki pawagam.

“Kami percaya 10 Star Cinemas Sdn Bhd yang memiliki rangkaian pawagam komuniti serta pasukan profesional pengedaran berpengalaman mampu mengangkat filem ke destinasi pasaran yang disasarkan,” ulasnya.

INFO FILEM

TERBITAN – GOLDEN STAR PICTURES SDN BHD

PENERBIT EKSEKUTIF – ONN NORSHAL HAMZAH

PENERBIT BERSEKUTU – CLAIRE & CHLOE

PRODUKSI – APUU FILMS SDN BHD

PENGEDARAN – 10 STAR CINEMA SDN BHD

GENRE – SERAM

PENGARAH – ZULKARNAIN AZHAR

PENERBIT – ZULKARNAIN AZHAR, PETER TOYAT

LAKON LAYAR – ZULKARNAIN AZHAR

PENGGAMBARAN – MEI 2025


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Duit lesap, pengarah ‘ghaib’, Wafariena tak halalkan upah puluhan ribu

PELAKON Wafariena Roslan mendedahkan dirinya masih belum menerima baki bayaran lakonan daripada sebuah syarikat produksi drama walaupun sudah hampir...

More Articles Like This