TENTERA Udara Diraja Thailand (RTAF) berjaya menjalankan ujian pelepasan dan pendaratan pesawat pejuang Gripen di Lebuhraya 4287 di Songkhla, semalam.
Ketua RTAF, Panglima Udara Marshal Panpakdee Pattanakul berkata, misi tersebut bertujuan untuk menguji keupayaan operasi dan kesediaan Gripen tanpa bergantung kepada pangkalan udara.
Beliau berkata, operasi terbabit amat mencabar kerana merupakan kali pertama RTAF melakukan ujian sedemikian.
“Pelepasan dan pendaratan pertama bagi jet pejuang JAS39 Gripen ini adalah sebahagian daripada strategi RTAF untuk meningkatkan fleksibiliti pesawat dalam penempatan dan kesediaan untuk operasi dari mana-mana lokasi yang sesuai di seluruh negara.
“RTAF telah telah memilih untuk melakukan ujian di Lebuhraya No. 4287 di Hat Yai berdasarkan penilaian oleh pasukan teknikal Tentera Udara dan Jabatan Lebuhraya.
“Faktor jalan yang lurus dan berterusan menjadikannya sesuai untuk ujian operasi jet pejuang.
“Ujian ini turut dijalankan dengan protokol keselamatan yang ketat,” katanya memetik laporan Thai Enquirer.
Panpakdee berkata, ujian ini turut menunjukkan keupayaan Gripen untuk beroperasi dari jalan raya sekiranya lapangan terbang tidak dapat digunakan.
Gripen hanya memerlukan landasan pendek, sekitar 700-800 meter dan ujian ini berjaya ini mengukuhkan keyakinan terhadap kejayaan misi.
Operasi ini juga berjaya menguji kesediaan jet pejuang untuk tindak balas pantas, kemahiran juruterbang, latihan, dan keupayaan untuk memenuhi piawaian operasi yang tinggi dengan keselamatan yang maksimum.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

