ACARA Truck Fighter 1.0 yang akan berlangsung pada 25 Mei depan bakal menghimpunkan lebih 5,000 peserta daripada komuniti pemilik dan peminat kenderaan pacuan empat roda (4×4) seluruh negara.
Penganjur acara, Azmar Zaki Ayub memaklumkan, program yang akan turut disertai komuniti 4×4 dari Thailand itu akan diadakan di perkarangan parkir Stadium Shah Alam, Selangor.
Menurut Azmar Zaki, acara yang dianjurkan Zaki GM Garage itu bertujuan bagi memperkukuh solidariti dalam kalangan pemilik 4×4.
Katanya, Truck Fighter 1.0 dianjurkan bagi menghargai peranan komuniti 4×4 dalam kerja-kerja sukarelawan terutama dalam operasi menyelamat ketika bencana banjir.
Beliau berkata, pemilik pacuan empat roda sering menjadi sukarelawan membantu mangsa-mangsa banjir dan dianggap sebagai unsung hero.
Pada masa sama, Azmar Zaki memberitahu, program itu akan dijadikan sebagai acara tahunan sekiranya sambutan bagi penganjuran kali pertama itu memberangsangkan bagi merancakkan lagi industri permotoran di negara ini.
Baca artikel lain: JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
“Acara ini bertujuan memperkukuh solidariti dalam kalangan pemilik 4×4 serta menghargai peranan mereka dalam kerja-kerja sukarelawan terutama dalam operasi menyelamat ketika bencana banjir.
“Selain itu, ia juga memberi peluang kepada usahawan bengkel 4×4 untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka kepada khalayak yang lebih luas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Azmar Zaki memberitahu, terdapat pelbagai aktiviti menarik telah dirangka sepanjang acara itu berlangsung nanti termasuk pameran dan pertandingan autoshow dengan 21 kategori unik.
Selain itu, jelas beliau, syarikat-syarikat automotif utama juga akan membuka gerai jualan dan pameran.
“Bagi pemilik 4×4 yang membawa anak-anak, terdapat pelbagai aktiviti termasuk pertandingan mewarna.
“Kami juga menyediakan pelbagai hadiah menarik menerusi cabutan bertuah dengan hadiah utama adalah sebuah Toyota Hilux yang telah diberi nafas baharu,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

