Ismail Sabri jadi suspek kes rasuah dan penggubahan wang haram – SPRM

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini menjadi seorang daripada suspek kes rasuah dan penggubahan wang haram yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan perkara itu berkata, Ismail Sabri telah diminta untuk melakukan perincian harta mengikut Seksyen 36 Akta SPRM.

Katanya, penemuan wang tunai berjumlah RM170 juta dalam ‘safehouse’ baru-baru ini juga mengesahkan Ahli Parlimen Bera itu sebagai seorang suspek.

“Dalam hal ini saya boleh katakan beliau adalah suspek kes ini, kerana beliau sudah diminta memperincikan harta mengikut Seksyen 36 Akta SPRM (pengisytiharan harta).

“(Yang) kedua apabila penemuan wang ini dan beliau antara yang dikaitkan, maka kita perlu mendapatkan penjelasan daripadanya mengenai penemuan wang itu,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Mengulas lanjut, Azam berkata, nilai rampasan ditemui pegawainya dalam kes membabitkan Ismail Sabri melebihi daripada jumlah yang dinilai ketika ini.

Beliau berkata, SPRM ketika ini masih belum menilai sejumlah barang kemas yang yang ditemui dalam serbuan di tiga premis termasuk ‘safehouse’ di Lembah Klang.

“Setakat ini jumlah yang kita nilai ialah RM177 juta membabitkan wang tunai pelbagai mata wang dan jongkong emas RM7 juta. Jongkong emas itu mengikut harga semasa bernilai RM424,000 sekilogram.

“Terdapat pelbagai barangan kemas yang juga ditemui dalam siasatan itu yang belum sempat dinilai pegawai penyiasat kerana mereka masih perlu melakukan tugasan lain seperti mengambil keterangan dan memeriksa dokumen,” katanya.

Beliau berkata, SPRM juga mengesan dana yang berkemungkinan disembunyikan termasuklah di luar negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This