PRESIDEN Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) yang baharu, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Perdana Putra, hari ini.
Dalam hantaran di Facebook FAM, kunjungan hormat itu turut disertai Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang juga bekas Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin.
Menurut hantaran tersebut, Joehari turut berkesempatan berkongsi mengenai perkembangan bola sepak negara kepada Anwar.
Selain itu, beliau juga berkongsi mengenai persiapan skuad Harimau Malaya menjelang aksi sulung Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal pada 25 Mac ini.
“Pada pertemuan itu, Joehari berkongsi agenda terkini hala tuju bola sepak negara terutama bagi memperkasakan pembangunan peringkat remaja dan akar umbi.
“Selain itu, perkembangan terkini persiapan skuad Harimau Malaya menjelang aksi sulung Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal,” katanya.
Baca artikel lain: Joehari rasmi Presiden baharu FAM, Dollah Salleh salah seorang Naib Presiden
Joehari diiringi barisan kepemimpinan tertinggi FAM yang lain antaranya Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram; tiga Naib Presiden FAM, Datuk Seri Rosmadi Ismail, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin dan Datuk Dollah Salleh.
Selain itu, Exco FAM, Datuk Zainal Abidin Hassan serta Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman.
Sebagai rekod, Kongres Pemilihan FAM yang berlangsung bulan lalu menyaksikan jawatan Presiden menjadi milik Joehari yang menang tanpa bertanding, begitu juga dengan Timbalan Presiden yang kekal diisi dua penyandangnya, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S Sivasundaram.
Bagi empat kerusi Naib Presiden, hanya Rosmadi berjaya mengekalkan kerusinya dan EXCO FAM, N Saaran kali ini dipilih bersama dua muka baharu, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin dan Datuk Dollah Salleh.
Dua kerusi EXCO Wanita juga kekal milik penyandang iaitu Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah dan Datuk Suraya Yaacob namun bagi baki lapan lagi kerusi EXCO, hanya Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berjaya mengekalkan kerusi yang disandang.
Susulan itu, tujuh muka baharu dipilih iaitu Zainal Abidin, Hishamuddin Abdul Karim, Mohd Azizudin Mohd Shariff, Tang Chee Hong, Datuk Kamarudin Hj Hassan, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dan Datuk Dr P Sugumaran.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

