Pemuda maut, motosikal ditunggang bertembung pikap

Dari Penulis

SEORANG penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Jenderam Hilir, Sepang, pada pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 8.05 pagi.

Beliau berkata, siasatan mendapati dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, mangsa iaitu seorang lelaki Melayu berusia 22 tahun menunggang motosikal dari Salak Tinggi ke Bangi.

“Sampai di lokasi, mangsa dipercayai telah bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam dengan jenis dan nombor pendaftaran yang tidak pasti.

“Akibat pertembungan, mangsa mengalami cedera parah di kepala dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Inspektor Nurulsakela Ramlee di talian 019-5588221.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kenyataan MB Johor mengenai DAP: ‘Tak perlu mana-mana pihak terlalu melatah’

MANA-MANA pihak diingatkan tidak perlu terlalu melatah atau keterlaluan dalam mengkritik kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi...

More Articles Like This