PM Anwar arah masalah beras putih tempatan diselesaikan segera – PMO

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah engarahkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menyegerakan usaha pemulihan bekalan beras putih tempatan (BPT) di pasaran.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri pagi ini memaklumkan, pemulihan bekalan BPT itu sedang dilaksanakan secara berfasa.

“Perdana Menteri juga mengarahkan Kementerian untuk memaklumkan perkembangan berkenaan pemulihan bekalan ini secara berkala kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, Tunku Nashrul turut menyentuh pengumuman Perdana Menteri di Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri pagi tadi, yang mana Perdana Menteri akan membentangkan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen 2025.

Beliau berkata, RUU itu akan memberikan kematangan kepada sistem demokrasi negara dengan membuka ruang kepada Parlimen untuk menjalankan fungsi, peranan dan tanggungjawabnya dengan lebih bebas.

“Perdana Menteri yakin RUU ini mengangkat Parlimen sebagai mercu tanda kebebasan bersuara dan menjulang proses demokrasi di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI. Justeru, Perdana Menteri menzahirkan harapan agar RUU ini mendapat dukungan setiap Ahli Parlimen,” katanya.

Dalam pada itu, Tunku Nashrul memaklumkan, Perdana Menteri menjelaskan bahawa peranan Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri tidak bertindih dengan tugas Jurucakap Kerajaan MADANI, Fahmi Fadzil.

Menurut Tunku Nashrul, taklimat Harian PMO memberi tumpuan kepada perkembangan harian dan gerak kerja Perdana Menteri, penjelasan beliau mengenai isu-isu semasa yang mendesak, serta arahan-arahan kepada kementerian dan agensi untuk memastikan dasar kerajaan dilaksanakan dengan tersusun dan berkesan.

Katanya, peranan Fahmi selaku jurucakap Kerajaan MADANI pula bertanggungjawab menjelaskan isu dan persoalan yang membabitkan dasar-dasar Kerajaan, serta keputusan- keputusan yang dibuat di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

“Taklimat Harian PMO bukan pengganti kepada jurucakap kerajaan, tetapi menjadi pelengkap dan memperkukuh struktur komunikasi Kerajaan.

“Dengan strategi komunikasi yang lebih menyeluruh, kerajaan dapat memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat, di samping mencantas fitnah dan maklumat palsu dengan pantas dan berkesan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This