Polis tahan 2 lelaki dalam aksi kejar-mengejar sejauh 45km selama 38 minit

Dari Penulis

DUA penagih dadah ditahan selepas terlibat dalam aksi kejar-mengejar dengan polis sejauh 45 kilometer dari Johor Bahru sehingga ke Kota Tinggi, pukul 1.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, anggota polis yang dalam tugasan ronda cegah jenayah telah melihat sebuah Proton Persona berwarna biru dengan nombor pendaftaran ditutup menggunakan pelekat hitam.

Beliau berkata, anggota bertugas telah mengarahkan pemandu Persona untuk berhenti bagi tujuan pemeriksaan, bagaimanapun suspek bertindak memecut melarikan diri.

“Kereta dinaiki dua lelaki tempatan itu dipandu secara zig-zag sehingga memasuki laluan bertentangan di Jalan Serampang, Johor Bahru dan menghala ke Kota Tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kedua-dua lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sebagai buruh itu berjaya ditahan di hadapan Ibu Pejabat Polis Kota Tinggi.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan pemandu Persona mempunyai rekod lampau melibatkan jenayah serta narkotik,” katanya.

Kedua-dua suspek telah direman selama tiga hari sehingga Jumaat bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 42(1) / 14(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kenyataan MB Johor mengenai DAP: ‘Tak perlu mana-mana pihak terlalu melatah’

MANA-MANA pihak diingatkan tidak perlu terlalu melatah atau keterlaluan dalam mengkritik kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi...

More Articles Like This