Allahyarham Tan Sri Dr Kamal Salih permata bangsa – Shahbudin

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

TOKOH ekonomi terkemuka, Allahyarham Tan Sri Dr Kamal Salih meninggalkan legasi besar dalam bidang ekonomi, pembangunan wilayah dan dasar pembangunan negara.

Pengerusi Biro Kepimpinan serta Pentadbiran Negara Majlis Perundingan Melayu (MPM), Shahbudin Embun menyifatkan Allahyarham Kamal sebagai permata bangsa dan kehilangannya amat dirasai semua.

Shahbudin berkata, antara sumbangan terbesar Allahyarham Kamal adalah penubuhan Kolej Komuniti di setiap kawasan Parlimen di seluruh negara.

“Banyak yang saya belajar ilmu daripada Allahyarham Kamal walaupun sepenggal saja beliau menjadi Ahli Parlimen dan beliau juga adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Presiden.

“Allahyarham Kamal juga terlibat menyediakan manifesto BN pada pilihan raya. Saya telah bekerja sebagai Pegawai Khas Allahyarham ketika beliau memangku Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju.

“Pada saya beliau adalah seorang tokoh bangsa yang sukar dicari ganti. Bukan itu sahaja, saya juga kehilangan sahabat dan mentor yang begitu banyak jasa pada tanah air,” katanya dalam kenyataan.

Menceritakan lebih lanjut sumbangan terhadap negara, Shahbudin berkata, Allahyarham Kamal pernah menghasilkan satu kertas kerja berkaitan cara menyelesaikan masalah keselamatan makanan negara.

Jelas Shahbudin, Allahyarham Kamal juga pernah mencadangkan kerajaan membina stor simpanan makanan yang diletakkan di beberapa lokasi yang strategik.

Berdasarkan idea itu, Shahbudin berkata, kaedah tersebut boleh menyelesaikan masalah sorok bekalan oleh kartel-kartel selain dapat menstabilkan harga yang terjamin dan boleh dikawal.

“Jika tidak kerana pertukaran pimpinan kerajaan pada masa itu, saya pasti masalah ini sudah lama dapat diselesaikan dan beliau sendiri akan mengetuai pelbagai program yang berkaitan dengan kekurangan bekalan makanan serta dapat mengelakkan harga barangan yang yang semakin naik.

“Sayangnya disebabkan politik, banyak perkara yang tidak dapat dilakukan oleh Allahyarham,” katanya.

Kelmarin, negara dikejutkan dengan berita pemergian tokoh ekonomi terkemuka, Tan Sri Dr Kamal Salih, 78, di kediamannya di Southville City, Dengkil, Selangor.

Dilaporkan solat jenazah Allahyarham Kamal diadakan di Masjid Raudhatul Jannah selepas solat Asar sebelum dikebumikan di tanah perkuburan masjid berkenaan di Kampung Sungai Buah, Dengkil, Selangor.

Allahyarham adalah bekas profesor dan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM serta tokoh akademik dan ekonomi banyak berjasa kepada negara, termasuk menubuhkan Pusat Penyelidikan Dasar USM.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ahli Panel Ekonomi Perdana Menteri dari 1981 hingga 1986, dan menganggotai Majlis Perniagaan Malaysia dari 1991 hingga 1996.

Selain itu, beliau turut memainkan peranan sebagai Rapporteur-General bagi Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN1) dari 1989 hingga 1991 yang bertanggungjawab merangka dasar pembangunan ekonomi negara.

Antara sumbangan terbesar beliau dalam sektor pendidikan ialah penubuhan Kolej Perubatan Swasta pertama di Malaysia, International Medical University (IMU) pada 1992.

Beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Eksekutif IMU sehingga 2004, menjadikannya antara pemimpin utama dalam pembangunan pendidikan perubatan swasta di negara ini.

Selain itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Wangsa Maju dari 1996 hingga 1999 dan menubuhkan Yayasan Wangsa Maju kini dikenali sebagai Yayasan Mahkota.

Dalam pentadbiran negara, beliau turut dilantik sebagai penasihat ekonomi dalam Pasukan Petugas Pelaksanaan Nasional (NITF) semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2006 hingga 2008.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This