BARISAN Nasional (BN) masih belum memutuskan calon yang akan mewakili parti komponan itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning 26 April ini.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat bersama Pengerusi BN Perak Datuk Seri Saarani Mohamad nanti.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, nama calon yang telah diputuskan secara bersama itu akan diumumkan sehari sebelum hari penamaan calon.
“Saya akan mengadakan mesyuarat dengan Datuk Seri Saarani dan akan umumkan (nama calon) sebelum hari penerimaan calon,” katanya.
Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan hari pengundian bagi PRK Dewan DUN Ayer Kuning pada 26 April ini.
Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun yang turut menyatakan tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 12 dan 22 April ini.
Selain itu, tempoh berkempen pula ditetapkan selama 14 hari bermula dari tarikh pengisytiharan calon yang bertanding hingga jam 11.59 malam 25 April ini.
PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian wakil rakyat kawasan itu, Allahyarham Ishsam Shahrudddin, 59, susulan serangan jantung ketika menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang.
Pada PRU15, Ishsam mewakili BN menang dengan 2,213 majoriti undi iaitu dengan 9,088 bilangan undi dalam pertembungan lima penjuru, mendahului calon PH (6,875), PN (6,812), Parti Pejuang Tanahair (105) dan Parti Sosialis Malaysia (586).
Kerusi DUN Ayer Kuning menjadi kubu kuat BN sejak lapan penggal lalu.
Bekas wakil rakyatnya, Datuk Azman Mahalan, memenangi kerusi berkenaan selama empat penggal berturut-turut sejak 1986 hingga 2004.
Penguasaan BN di kerusi itu diteruskan pula dari 2004 sehingga 2022 oleh Datuk Samsudin Abu Hassan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

