Banjir: Jumlah dipindahkan di Sabah terus meningkat pagi ini

Dari Penulis

JUMLAH mangsa banjir yang dipindahkan di Sabah terus meningkat kepada 1,748 orang daripada 570 keluarga setakat 8 pagi tadi, berbanding 1,010 orang daripada 325 keluarga pada 8 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan Keningau dan Sook merupakan daerah terbaharu dilanda banjir.

Menurut kenyataan itu 133 orang daripada 50 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Keningau, manakala 130 orang daripada 40 keluarga dipindahkan ke sebuah PPS di Sook.

Baca artikel lain: Jangan sebar fitnah, bohong tentang projek tebatan banjir – MB Kelantan

Beaufort kekal daerah teramai dipindahkan iaitu 780 orang daripada 249 keluarga dipindahkan ke dua PPS, dan 705 orang daripada 231 keluarga dipindahkan ke sebuah PPS di Membakut.

“Sebanyak 24 kampung terjejas, masing-masing 10 di Beaufort dan Membakut, serta masing-masing dua di Keningau dan Sook. Trend pemindahan mangsa di Beaufort adalah kekal, manakala di daerah lain meningkat,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penempatan haram Rohingya berlarutan di Sungai Tekali atas kebenaran pemilik tanah

PEMILIK tanah yang membenarkan pembinaan struktur dan penempatan tanpa kelulusan oleh warga Rohingya di Sungai Tekali dikenal pasti sebagai...

More Articles Like This