Dana beli ubat kanser cukup, bapa Nur Sumayyah ucap terima kasih

Dari Penulis

BAPA kepada kanak-kanak berusia tujuh tahun yang menghidap kanser neuroblastoma (kanser saraf), Azroyhatta Md Jais, 35, berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyumbang dana pembelian ubat khas bagi rawatan penyakit itu berharga RM344,844, yang kini telah mencukupi.

Azroyhatta berkata sumbangan yang diterima menerusi akaun bank untuk rawatan anaknya, Nur Sumayyah itu, telah mencapai jumlah yang diperlukan pada Jumaat lepas, kurang sebulan selepas berita berkaitan anaknya diuar-uarkan menerusi media sosial dan media massa.

“Saya sangat bersyukur dengan semua sumbangan yang diterima meskipun RM1, nilai berkenaan amat besar buat Nur Sumayyah…rasa hilang satu beban yang ditanggung sejak diberitahu perlu sediakan duit beli ubat berharga lebih RM300,000.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum yang sudi membantu kami termasuk mereka yang bertanya khabar dan memberi kata-kata semangat menerusi WhatsApp…saya doakan semoga Allah balas semua kebaikan penderma,” katanya kepada pemberita hari ini.

Juruteknik kilang itu berkata dia turut melahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Melaka terutama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem dan ADUN Kesidang Allex Seah Shoo Chin yang banyak membantu memudahkan urusannya dengan pelbagai agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Zakat Melaka.

Baca artikel lain: Tangguh perjalanan tak penting ke Yala, Narathiwat dan Pattani

Azroyhatta berkata tindakan dua wakil rakyat itu menguar-uarkan berita mengenai Nur Sumayyah di media sosial mereka hingga mendapat perhatian ramai merupakan permulaan kutipan sumbangan buat rawatan anak tunggalnya itu bermula awal Feb lepas.

Dalam pada itu, dia berkata Nur Sumayyah dijangka melakukan prosedur rawatan menggunakan ubat khas rawatan kanser, Qarziba, selewat-lewatnya awal September ini selain akan mula menjalani kemoterapi tambahan bermula esok di Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, Azroyhatta memohon orang ramai untuk terus mendoakan kesihatan Nur Sumayyah agar dapat menjalani semua prosedur rawatan ditetapkan dan segera pulih bagi menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.

“Walaupun telah menjalani lapan kali kemoterapi, Alhamdulillah kesihatan Nur Sumayyah masih baik dan saya tahu dia sangat kuat cuma ada masa emosinya sedikit terganggu…mungkin dia berasa tidak selesa dengan kesan rawatan yang dilalui,” katanya.

Nur Sumayyah dikesan menghidap kanser saraf pada 28 Okt tahun lepas, selepas kanak-kanak itu mengalami demam berulang setiap malam selama seminggu selain sakit perut sebelum dibawa ke klinik dan dirujuk ke Hospital Pakar Putra.

Ujian ultrabunyi yang dilakukan ke atas kanak-kanak itu mendapati terdapat ketulan besar di perut sebelum menjalani ujian imbasan topografi berkomputer (CT scan) serta dirujuk ke HTA dan dimaklumkan 90 peratus ketulan berkenaan adalah kanser saraf berdasarkan simptom dialami.

Nur Sumayyah telah menjalani beberapa prosedur rawatan di HTA termasuk kemoterapi dan pada 19 Feb lepas, kanak-kanak itu menjalani pembedahan membuang sel kanser.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu berhemah bakal nikmati premium insurans lebih rendah menerusi Cermat MADANI

PEMANDU yang mempunyai rekod pemanduan baik dan mematuhi undang-undang jalan raya berpeluang menikmati premium insurans kenderaan lebih rendah sehingga...

More Articles Like This