Ga ga ga gappppp…. Eh, bila menyanyi lancar pula dia

Dari Penulis

Anda mempunyai ahli keluarga atau rakan yang gagap? Atau anda sendiri mengalami masalah gagap?

Adakah anda perasan seseorang yang mempunyai masalah gagap semasa bertutur, akan hilang kegagapannya apabila dia menyanyi? Dia boleh menyanyi dengan lancar tanpa gagap atau ayat tersebut tersangkut-sangkut. Bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Gagap merupakan satu bentuk gangguan dalam berbicara. Apabila bercakap, pertuturan mereka akan terganggu dengan terjadinya pengulangan atau pemanjangan suara, suku kata dan frasa kata menyebabkan pertuturan menjadi tidak lancar atau tersekat-sekat.

Seseorang yang gagap boleh dikenal pasti melalui dua ciri utama iaitu gagap primer dan gagap sekunder.

Gagap primer terjadi apabila pertuturan itu mengalami sekatan, pengulangan, pemanjangan atau sisipan. Contoh gagap sekatan apabila pertuturan individu itu tersangkut-sangkut apabila bibirnya tertutup rapat semasa cuba menyebut sesuatu sehingga sukar untuk menyebut perkataan tersebut.

Gagap pengulangan pula berlaku apabila suku kata perkataan diulang-ulang beberapa kali semasa bercakap. Contohnya, “Bu… bu..bu…kan aku buat”. Ia berlaku pada suku kata awal kebiasaannya.

Gagap pemanjangan pula berlaku apabila bunyi dalam perkataan dipanjangkan seperti , “ Jom pergi maaaaakan”.

Bagi gagap sisipan ia berlaku apabila individu itu kerap menambah bunyi tidak bermakna dalam percakapan. Sebagai contoh, tambahan bunyi ‘aaaa’, ‘hmmmm’. Mungkin anda pernah dengar rakan anda menyebut, “hari ni aku hmmm nak belanja makan.”

Kebiasaannya seseorang individu gagap mempunyai beberapa ciri-ciri di atas. Gagap sekunder pula melibatkan anggota badan yang terjadi semasa gagap primer berlaku. Biasanya ia melibatkan pergerakan boleh nampak pada fizikalnya. Contohnya dia akan menepuk meja, kepala bergerak-gerak menghentak kaki dan lain-lain semasa pengucapan ingin dilepaskan.

Benarkah orang gagap boleh menyanyi tanpa gagap? Ya benar! Masalah besar bagi orang gagap ialah tekanan pada peti suara. Peti suara terkunci dan kegagapan ini salah satu cara untuk melonggarkannya.

Kegagapan tidak berlaku apabila bernyanyi kerana individu gagap itu tidak memikirkan tentang apa yang hendak disebut atau dipertuturkan. Ini kerana semasa menyanyi seseorang itu kebiasaannya sudah menghafal  lirik atau perkara yang ingin disebut. Bukan itu sahaja, penyanyi juga boleh memikirkan tentang muzik dan bukan sahaja perkataan-perkataan dalam muzik tersebut.

Selain itu, kegagapan ini berkaitan dengan hubungan yang telah rosak antara otak sebelah kiri di mana perkataan dimulakan dengan mekanisme suara. Oleh kerana muzik dihubungkan dengan bahagian sebelah kanan otak, maka kegagapan tidak berlaku apabila menyanyi.

Winston Churchill, bekas Perdana Menteri Great Britain merupakan seorang yang gagap. Oleh itu beliau akan bersenandung terlebih dahulu sebelum memberi ucapan supaya menolongnya memberi ucapan tanpa tergagap-gagap. Selain itu, Raja United Kingdom, George VI juga merupakan seorang yang gagap.

Siapa kata orang gagap tak boleh jadi pemimpin?

Winston Churchill.

____

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya bukan main jin!” Tok Dewata bongkar rahsia seni persembahan ‘Main Teri’

Nama Tok Dewata kembali menjadi bualan hangat apabila seni persembahan Main Teri yang melibatkan beliau tular di media sosial.  Namun...

More Articles Like This