Wanita maut, suami serta 2 anak cedera dalam kemalangan

Dari Penulis

SEORANG penumpang wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 39.9, Lebuhraya Utara-Selatan, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian pada pukul 5.3 petang.

Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun bersama isteri berusia 29 tahun dan dua orang anak masing-masing berusia 4 tahun dan empat bulan hilang kawalan ketika berada di lorong kiri.

“Kereta Myvi kemudian melanggar sebuah Proton Persona yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun yang berada di lorong kanan.

“Akibat kejadian, Myvi telah terbalik dan terbabas ke lorong kecemasan dan menyebabkan penumpang wanita disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pemandu serta dua penumpang lain telah dibawa ke Hospital Kulai untuk menerima rawatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim di talian 017-7573507.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This