Zulkifli ziarah Dr Mahathir, bincang pelbagai isu dan hadiahkan buku

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BEKAS Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini.

Dalam hantaran di Facebook, Zulkifli memaklumkan beliau dan Dr Mahathir berbincang mengenai pelbagai pelbagai termasuk isu anak bangsa, agama, politik dan hal antarabangsa.

Pada masa sama, Zulkifli turut menghadiahkan sebuah buku mengenai Dr Mahathir yang ditulis kenalannya dari Algeria.

“Banyak isu yang kami bualkan, seputar masalah anak bangsa, agama, politik dan hal antarabangsa. Sesekali, saya bercanda dan beliau menyambut dengan tawanya.

“Saya sampaikan kepada beliau, sebuah buku bertajuk al-Qamus al-Hadhari li al-Mujaddid Mahathir Mohamad: Ra’is Wuzara’ Malizia wa Muhandis Hadharathuha (Kamus Ketamadunan Tokoh Pembaharu Mahathir Mohamad: Perdana Menteri Malaysia dan Arkitek Ketamadunannya).

“Buku itu ditulis oleh kenalan saya, Syeikh Dr Mohammed Babaammi dari Algeria,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel lain: Zulkifli Mohamad sertai misi MCM bantu rakyat Palestin di Jordan

Zulkifli yang menjawat jawatan Mufti Wilayah Persekutuan dari 2014 hingga 2020 turut mengimbau semula kenangan bersama Dr Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri.

Menurut beliau, Dr Mahathir membuka ruang seluasnya bagi Zulkifli menjalankan amanah sebagai Mufti Wilayah Persekutuan sesuai dengan jaminan fungsi dan kuasa seorang Mufti dalam Akta 505.

Atas kepercayaan Dr Mahathir itu, Zulkifli yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, beliau kekal sebagai satu-satunya Mufti dalam sejarah Malaysia yang dilibatkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

“Ia bagi memberi pandangan dan buah fikiran di peringkat Persekutuan dalam isu melibatkan hukum syarak.

“Beliau juga melantik saya secara rasmi sebagai Jurucakap Kerajaan dalam isu hal ehwal Islam di peringkat antarabangsa.

“Secara tidak langsung, banyak saya belajar dengan beliau terutama pendekatan dalam tadbir urus sesebuah kerajaan.

“Saya doakan semoga Dr Mahathir dikurnia kesihatan dan keberkatan dalam setiap urusan hidupnya yang bakal mencecah 100 tahun pada Julai ini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This