KEPUTUSAN Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M.Saravanan tidak meneruskan debat berkaitan agama dengan pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu merupakan tindakan amat tepat dalam menjaga keharmonian dan perpaduan negara.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dalam kenyataan hari ini berkata beliau juga menghargai langkah dan usaha Muhammad Zamri menyambut baik perkara itu.
Beliau berkata keputusan itu mengingatkan seluruh masyarakat tentang kepentingan untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, budaya dan bangsa.
“Semoga keputusan ini dapat menjadi contoh teladan baik kepada kita semua untuk terus berusaha memperkukuh perpaduan dan saling menghormati antara satu sama lain.
Baca artikel lain: Debat Saravanan-Zamri: ‘Saya harap perdebatan tidak diteruskan’ – Aaron
“Keputusan ini adalah satu langkah positif, mengingatkan kita tentang kepentingan menjaga keamanan dan keharmonian dalam negara yang pelbagai, dan wajar dijadikan pedoman bagi generasi akan datang,” katanya.
Aaron berkata perpaduan bukan hanya sekadar slogan, tetapi harus diterjemahkan dalam tindakan dan sikap seharian, dengan prinsip ‘Faham, Hormat, dan Terima’ menjadi asas penting kepada perkara itu.
“Mengambil pendekatan lebih inklusif dan mengamalkan prinsip Faham, Hormat dan Terima membolehkan kita membina masyarakat lebih harmoni dan sejahtera,” katanya.
Media hari ini melaporkan Saravanan memutuskan untuk tidak meneruskan debat berkaitan agama dengan Muhammad Zamri demi menjaga perpaduan negara dan selepas berbincang dengan Menteri Perpaduan serta Presiden MIC Tan Sri S.A .Vigneswaran.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

