BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu hadir semula ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyambung proses memberi keterangan pada 3.30 petang ini.
Kenderaan dinaiki Perdana Menteri kesembilan itu keluar dari bangunan SPRM pada 12.30 tengah hari setelah kira-kira empat jam beliau merakamkan keterangan.
Sebaik keluar, Ahli Parlimen Bera itu membuka separuh tingkap kenderaannya dan melambai tangan kepada petugas media.
Terdahulu, Ismail Sabri tiba pada 8.46 pagi tadi bagi dirakam keterangan berhubung kes rasuah serta pengubahan wang haram dihadapinya.
Ismail Sabri mula disiasat oleh SPRM pada Januari 2024 berkaitan perbelanjaan publisiti kerajaan semasa pentadbirannya dari Ogos 2021 hingga November 2022.
Baca artikel lain: Ismail Sabri hadir sekali lagi beri keterangan di SPRM
Beliau telah dipanggil memberi keterangan pada Januari 2024 mengenai kemungkinan salah laku melibatkan perbelanjaan kira-kira RM700 juta untuk publisiti kerajaan.
Pada 10 Feb lepas, Ismail Sabri menyerahkan pengisytiharan harta kepada SPRM dan pada 19 Feb, beliau memberikan kenyataan kepada agensi berkenaan.
SPRM juga telah menahan empat pegawai kanan yang berkhidmat di bawah pentadbiran beliau.
Pada 3 Mac lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata wang tunai RM170 juta dengan pelbagai mata wang serta 16 kilogram jongkong emas ditemukan di sebuah kondominium di ibu negara yang dijadikan ‘safe house’.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

