Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas

Dari Penulis

SEORANG anggota polis trafik cedera selepas terbabit dalam kemalangan semasa mengiringi kenderaan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Bulatan Seri Bayan, Durian Tunggal, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata kejadian berlaku kira-kira 10.45 malam ketika Sarjan Mohd Tarmizi Manap, 50, yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam.

“Berdasarkan siasatan awal, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton S70 yang dipandu lelaki berusia 51 tahun tiba-tiba mengubah laluan dari laluan kiri bulatan membelok masuk ke kanan.

“Kenderaan itu kemudian terlanggar motosikal ditunggangi mangsa menyebabkannya hilang kawalan dan melanggar kereta Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 25 tahun dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Mohd Tarmizi yang mengalami luka pada tangan dan kaki dihantar ke Hospital Melaka manakala dua pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kemalangan berkenaan katanya sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Penempatan haram Rohingya berlarutan di Sungai Tekali atas kebenaran pemilik tanah

PEMILIK tanah yang membenarkan pembinaan struktur dan penempatan tanpa kelulusan oleh warga Rohingya di Sungai Tekali dikenal pasti sebagai...

More Articles Like This