SEORANG pemandu treler dikenakan tindakan saman selepas muatan kenderaan dipandunya diikat tidak kemas sehingga menimbulkan kegusaran kepada pengguna jalan raya pada awal pagi Isnin lalu.
Kejadian tersebut turut tular dalam media sosial memaparkan treler pengangkut lori dilihat berada dalam keadaan senget.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat dalam kenyataan memaklumkan, video berdurasi 36 saat itu telah dimuat naik seorang pengguna Facebook.
Beliau berkata, sebuah lori yang diletakkan di atas treler pengangkut itu kelihatan senget dan tidak diikat dengan kemas.
Menurut Wan Azlan, kejadian tersebut dikesan berlaku pada pukul 2.19 pagi di Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE).
“Berikutan daripada itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya telah mengambil tindakan dengan mengesan pemandu treler tersebut.
Baca artikel lain: Polis buru tiga penjenayah samun RM46,000 dari hab syarikat kurier di Meru
“Hasil siasatan mendapati pemandu kenderaan itu iaitu seorang warga tempatan berusia 23 tahun telah mengaku cuai dalam mengendalikan treler berkenaan.
“Tindakan saman telah dikeluarkan di bawah Kaedah-Kaedah Lalulintas LN 18 166/1959 iaitu muatan merbahaya dan tidak kemas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Wan Azlan berkata, penguatkuasaan berterusan akan sentiasa dijalankan oleh BSPT Subang Jaya terhadap kenderaan berat sedemikian.
“Sikap sambil lewa pemandu kenderaan akan mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.
“Tindakan undang-undang akan diambil ke atas pemandu yang melakukan kesalahan muatan tidak diikat rapi di bawah kaedah-kaedah kesalahan lalu lintas yang mana denda boleh mencapai sehingga RM2,000,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

