Polis siasat video tular lelaki tampar pemuda dalam pusat beli-belah

Dari Penulis

POLIS mengesahkan satu kertas siasatan dibuka selepas menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki berjubah menampar pemuda di dalam sebuah pusat beli-belah di kawasan Johor Bahru yang tular sejak semalam.

Video penuh klik link

https://t.me/infoutusantv/9740

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner M.S Balveer Singh berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang lelaki berusia 21 tahun pada pukul 9.08 malam.

“Pengadu mendakwa dirinya telah ditampar dua kali pada pipi kanan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

“Kejadian dipercayai beraku apabila lelaki tersebut bertanya tentang agama pengadu dan meminta kad pengenalan namun enggan memberikannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di talian 07-5563122.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This