YBR peruntuk RM24,400 untuk anak yatim, ibu tunggal dan asnaf

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) memperuntukkan sebanyak RM24,400 untuk disumbangkan kepada 90 orang anak yatim, ibu tunggal dan asnaf di Sepang.

Ketua Pegawai Eksekutif YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, bantuan itu adalah bersempena dengan bulan Ramadan dalam usaha menyantuni golongan yang memerlukan disamping mengeratkan silaturrahim.

“YBR cakna dengan kekangan yang dihadapi dan berharap bantuan yang diberikan menjadi medium dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik serta memberi sinar keceriaan di bulan Ramadan dan jugasebagai persiapan dalam menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berjata, bantuan yang di salurkan dapat memberi sedikit kelegaan serta membantu dalam dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang bulan Ramadan.

“Semoga lebih banyak program-program sebegini dapat diadakan dan sekaligus merapatkan lagi ukhuwah di antara organisasi luar dengan masyarakat di Sepang ini,” katanya. 

“YBR amat menitikberatkan golongan yang memerlukan bantuan terutama anak yatim, asnaf dan ibu tunggal yang kurang mendapat perhatian daripada masyarakat luar dan YBR akan sentiasa berusaha untuk memperbanyakkan lagi bantuan-bantuan yang seumpamanya”.

Jelas Syaiful Rizal lagi, usaha itu bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan malahan diharapkan menjadi pemangkin kepada organisasi lain untuk turut sama menyantuni mereka yang tidak bernasib baik dalam mengharungi kehidupan dan ekonomi yang semakin mencabar.

Untuk rekod, pada tahun lepas, YBR telah memperuntukkan hampir RM600,000 bagi pemberian sumbangan kepada mereka yang memerlukan terutamanya dari kalangan B40.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu berhemah bakal nikmati premium insurans lebih rendah menerusi Cermat MADANI

PEMANDU yang mempunyai rekod pemanduan baik dan mematuhi undang-undang jalan raya berpeluang menikmati premium insurans kenderaan lebih rendah sehingga...

More Articles Like This