PDRM cekup geng parkir haram di Johor Bahru

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEORANG warganegara asing antara lima individu yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas disyaki terlibat dengan aktiviti parkir haram di Johor Bahru, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, tangkapan itu dibuat semasa pihaknya menjalankan Operasi  Khas (Parkir Haram) di Jalan Wong Ah Fook dan Jalan Ibrahim.

Menurut beliau, operasi itu dijalankan susulan aduan orang awam berhubung aktiviti penguatkuasaan parkir haram yang menganggu ketenteraman awam serta menimbulkan kegusaran pengguna jalan raya.

“Lima individu yang ditahan ini didapati terlibat dalam aktiviti parkir haram dan pengambilan wang secara tidak sah daripada pengguna jalan raya.

“Mereka ditahan mengikut Seksyen 50 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 6(1) (C) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Raub berkata, mereka yang ditahan berusia 29 hingga 53 tahun dan kesemua suspek telah dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, antara barang yang dirampas adalah termasuk wang tunai berjumlah RM20 yang digunakan dalam aktiviti tersebut untuk dijadikan sebagai bahan bukti.

Beliau menegaskan, sebarang aktiviti parkir haram tidak akan dibiarkan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terbabit.

“Orang ramai dinasihatkan untuk melaporkan sebarang aktiviti seumpama ini bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara.

“Polis akan terus memperketat penguatkuasaan dan melaksanakan operasi berterusan bagi memastikan masalah ini dapat dibendung,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This