SATU bongkah batu setinggi empat meter dan 11 meter panjang dilaporkan jatuh dari cerun bukit di Jalan Buli Sim-Sim, Sandakan, 10 pagi tadi.
Ibu Pejabat Daerah Sandakan dalam kenyataan berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima daripada orang awam sebelum bergegas ke lokasi.
“Polis tiba di lokasi dan mendapati sebongkah batu besar menghalang laluan.
“Polis telah menutup laluan dan membuat lencongan kepada semua kenderaan yang menghala keluar dari pusat bandar melalui Jalan Buli Sim-Sim untuk menggunakan laluan alternatif yang ada iaitu Jalan Utara dan Jalan Batu Sapi,” kata kenyataan itu.
Tambahnya, jalan keluar melalui jalan Buli Sim-Sim (satu arah, dua lorong) ditutup untuk kerja-kerja pembersihan.
Manakala jalan bertentangan ke pusat bandar boleh masih boleh dilalui.
Difahamkan kejadian tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

